'Pendeta' popularkan Naizle dalam masa singkat - Hiburan | mStar

'Pendeta' popularkan Naizle dalam masa singkat

 Single baru Naizle yang berjudul Pendeta adalah lagu tema untuk drama bersiri Tari Tirana.-Foto THE STAR oleh RAHMAN SENIN
Single baru Naizle yang berjudul Pendeta adalah lagu tema untuk drama bersiri Tari Tirana.-Foto THE STAR oleh RAHMAN SENIN

NAIZLE atau nama sebenarnya Aliff Naizal Azizul pernah digosipkan bersama bintang rancangan realiti Stacy.

Bagaimanapun, jejaka yang sekarang ini sibuk dengan single terbarunya menafikan beliau ada sebarang perhubungan percintaan dengan Stacy.

“Gosip itu menular apabila peminat-peminat saya dan para peminat Stacy berlawan dalam satu perlawanan futsal,” jelas penyanyi itu sambil ketawa dalam satu temu bual bersamanya di Menara Star pada hari Rabu lepas.

Naizle menambah yang dia tidak bersua dengan Stacy lebih daripada satu setengah bulan dan menggambarkan peserta program realiti itu sebagai gadis yang lincah dan periang.

Muka baru yang berumur 23 tahun kini sibuk mengeluarkan single keduanya.

Manakala singlenya pertamanya iaitu Pendeta kini sedang berkumandang melalui corong-corong radio. “Pendeta berkonsepkan genre balada manakala liriknya ditulis oleh Omar.K,” kata Nizle dalam satu temu bual bersamanya di Menara Star semalam.

Lagunya itu dijadikan sebagai lagu tema dalam drama bersiri Tari Tirana dan menduduki tempat ke-19 dalam carta radio Hot fm. Semua ini dalam hanya dalam masa dua bulan selepas lagu tersebut dilancarkan.

Naizle baru bergelar penyanyi solo selama empat setengah bulan tetapi telah mula menyanyi dalam kumpulan yang diberi nama ‘69 Neighbourhood’ sejak berumur 15.

Graduan dalam jurusan Bahasa Inggeris dari Australia ini, pernah mengikuti kelas vokal di Indonesia untuk memantapkan lagi suaranya.

“Saya perlu menyediakan diri saya kerana saya ingin menceburi bidang nyanyian sepenuh masa,” kata Naizle yang mendakwa bidang nyanyian turut terjejas kerana kemelut ekonomi baru-baru ini.

“Saya terpaksa bersaing dengan ramai lagi penyanyi dari program realiti yang telah pun menempa nama menerusi rancangan televisyen,” ujar penyanyi itu.

Tambah Naizle lagi, apa yang membezakannya daripada penyanyi lain adalah genre yang dibawanya.

“Tidak ramai penyanyi yang membawa genre balada seperti saya,” kata Nizle yang juga merupakan peminat Anuar Zain.

Penyanyi yang berusia 23 tahun ini mengakui yang dirinya masih bujang lagi dan buat masa ini Naizle hanya ingin fokus pada kariernya sebagai seorang penyanyi.

Naizle bakal meraikan harijadinya yang ke-23 pada 8 Disember ini.

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

Artikel Lain