suria

Nicolas Cage batal niat pergi pra-tonton kerana ayah meninggal

Nicolas Cage (kiri) dan isterinya Alice Kim bergambar bersama dengan pengarah Werner Herzog (kanan) di gala tayangan filem "Bad Lieutenant: Port Of Call New Orleans" di The 34Th Toronto International Film Festival pada 15 September 2009. -Foto REUTERS
Nicolas Cage (kiri) dan isterinya Alice Kim bergambar bersama dengan pengarah Werner Herzog (kanan) di gala tayangan filem
Nicolas Cage (kiri) dan isterinya Alice Kim bergambar bersama dengan pengarah Werner Herzog (kanan) di gala tayangan filem "Bad Lieutenant: Port Of Call New Orleans" di The 34Th Toronto International Film Festival pada 15 September 2009. -Foto REUTERS

PELAKON Nicolas Cage telah membatalkan niatnya untuk menghadiri majlis pra-tayangan filem terbarunya ‘Bad Lieutenant: Port of Call New Orleans’ kerana baru kematian ayahnya, August Coppala.

Mendiang ayah Nicolas merupakan dekan kolej yang telah bersara.

August meninggal dunia akibat serangan jantung pada 27 Oktober yang lepas.

Ayah Nicolas yang berumur 75 tahun itu disemadikan di tapak perkuburan ‘Christ the King Church’ yang terletak di Hollywood, California.

Ahli keluarga dan sahabat rapat Nicolas turut hadir ke upacara pengebumian tersebut.

Nicolas sepatutnya berjalan di atas permaidani merah bersama pelakon Eva Mendes, yang turut membintangi filem tersebut, pada majlis yang akan berlangsung 8 dan 9 November ini.

Artikel Berikut

Aditya: Ada sebab kita di sini!

Artikel Lain