suria

Mel Gibson menjadi ayah buat kali ke-8

Oksana Grigorieva dan Mel Gibson hadir ke tayangan perdana filem "X-Men Origins: Wolverine" pada 28 April 2009 di Los Angeles. -Foto AP
Oksana Grigorieva dan Mel Gibson hadir ke tayangan perdana filem
Oksana Grigorieva dan Mel Gibson hadir ke tayangan perdana filem "X-Men Origins: Wolverine" pada 28 April 2009 di Los Angeles. -Foto AP

TEMAN wanita Mel Gibson, Oksana Grigorieva selamat melahirkan seorang anak perempuan pada 30 Oktober lalu di Los Angelas.

Berita kelahiran bayi perempuan yang dinamakan Lucia itu disahkan oleh wakil pelakon itu.

Doktor meramalkan bayi tersebut akan lahir pada 9 Disember depan tetapi dia dilahirkan sebulan lebih awal.

Lucia merupakan anak kelapan Gibson.

Gibson sebelum ini mempunyai tujuh orang anak-enam lelaki dan seorang perempuan bersama bekas isterinya, Robyn.

Manakala Grigorieva yang berumur 39 tahun itu mempunyai seorang anak lelaki dengan bekas kekasihnya, Timothy Dalton.

Artikel Berikut

Aditya: Ada sebab kita di sini!

Artikel Lain