suria

Hugh Jackman tertekan dilabel 'lelaki seksi'

Hugh Jackman dilabelkan sebagai "lelaki paling seksi di bumi". -Foto AP
Hugh Jackman dilabelkan sebagai
Hugh Jackman dilabelkan sebagai "lelaki paling seksi di bumi". -Foto AP

BINTANG Hollywood, Hugh Jackman yang dilabelkan sebagai lelaki paling seksi di bumi ingin menyingkirkan gelaran 'seksi' itu secepat mungkin.

Bintang filem "X Men Origins: Wolverine" itu meraih tempat pertama dalam tinjauan lelaki paling seksi tahun lalu.

Walaupun teruja dengan pengiktirafan sedemikian, aktor itu bersedia menyerahkan gelaran itu kepada orang lain agar dia boleh berhenti menjaga penampilan dirinya.

"Terdapat semacam satu tekanan yang tinggi ekoran gelaran ini. Kerap-kali saya terpaksa berada dalam keadaan terbaik sepanjang masa.

"Saya ingin hilang gelaran ini agar saya boleh selekeh. Saya rasa terdapat ribuan lelaki yang lebih layak mendapat gelaran itu," kata Jackman.

Bintang-bintang lain yang pernah memegang gelaran 'Lelaki Paling Seksi' ialah Matt Damon, George Clooney, Johnny Depp, Matthew McConaughey dan Jude Law.

Artikel Berikut

Aditya: Ada sebab kita di sini!

Artikel Lain