suria

Kareena Kapoor hanya makan satu roti paratha sehari

AKTRES Bollywood Kareena Kapoor mengakui yang saiz badannya bukannya kosong.

Tetapi mengakui yang beliau memiliki bentuk badan yang langsing kerana mengamalkan senaman Yoga dengan kerap dan tidak menjejakkan kaki ke gim lebih daripada satu setengah tahun.

“Saya tidak pernah mencapai saiz kosong seumur hidup saya. Itu semua khabar angin semata-mata,” kata pelakon itu menerusi satu sesi temu ramah bersamanya.

Tambah pelakon itu lagi, dia berjaya menurunkan berat badannya dari 58 kg kepada 50 kg sebelum membintangi filem 'Tashan.'

“Ketika itu, saya hanya makan 4 roti paratha setiap hari tetapi saya disuruh untuk mengurangkannya kepada hanya dua keping dan seterusnya hanya makan sekeping sehari,” ujar pelakon itu lagi.

Kareena juga mengakui memang sukar untuknya untuk mengurangkan makanannya pada mulanya tetapi lama-kelamaan beliau sudah biasa.

“Saya hanya mengamalkan 'Surya Namaskar'(sejenis senaman yoga) sebanyak 100 kali sehari walaupun saya pada mulanya hanya mampu membuat 10 kali sahaja.

“Saya juga tidak menyentuh arak dan seorang ‘vegetarian,” jelas Kareena. Bintang Bollywood itu mengakui, di antara tiga filem lakonannya iaitu 'Chameli', 'Omkara' dan 'Jab We Met', Kareena mendapati ianya sukar untuk berlakon dalam filem ‘Chameli.’

“Saya hanya berusia 23 tahun semasa saya berlakon dalam filem tersebut dan tidak tahu apa-apa mengenai cara hidup pekerja seks di Jalan Mumbai,” kata pelakon itu lagi.

Walaupun begitu, usaha kerasnya berbaloi kerana filem itu memang berjaya menambat hati penonton.

Artikel Sebelum

Artikel Lain