suria

MJ lebih bernilai selepas mati- Joe Jackson

“MICHAEL Jackson lebih bernilai selepas meninggal dunia berbanding semasa MJ masih hidup lagi,” kata ayah kepada penyanyi tersebut menerusi satu temu bual bersamanya di televisyen.

Joe yang berusia 80 tahun itu membuat pengakuan tersebut menerusi program ‘Extra’ tetapi dengan pantas menambah yang dia lebih rela MJ hidup dari mati.

“Saya menangis bersendirian apabila merenung kembali memori yang kami lalui bersama,” kata Joe Jackson lagi.

Ayah kepada 10 orang anak itu selalu disalahkan kerana didakwa menjadi punca kenapa Michael melalui zaman kanak-kanak yang sukar.

Michael Jackson yang meninggal dunia pada bulan Jun lepas pernah menceritakan secara terbuka bagaimana bapanya menderanya semasa MJ masih kecil.

Artikel Lain