Mahkamah memerintahkan peminat Miley Cyrus untuk menjauhinya - Hiburan | mStar

Mahkamah memerintahkan peminat Miley Cyrus untuk menjauhinya

SEBUAH mahkamah di London telah memerintahkan seorang peminat Miley Cyrus untuk menjauhi dia dan keluarganya.

Lelaki bernama Mark McLeod yang berumur 53 tahun itu mengaku bersalah kerana mengengkari arahan polis diluar set Walt Disney semasa penggambaran lagu ‘The Last Song’ yang dinyanyikan oleh Miley Cyrus.

McLeod mendakwa dia telah bertunang dengan pelakon yang berumur 16 tahun itu dan turut mengaku bersalah atas tuduhan menghendap aktres tersebut.

Tetapi tuduhan itu kemudiannya digugurkan.

Menurut polis, lelaki yang tidak bekerja itu telah datang ke lokasi set tersebut sebanyak dua kali untuk mencari Miley.

Dalam masa itu, mahkamah juga memerintahkan Mcleod untuk berada dibawah pengawasan polis dan menyuruhnya untuk menjalani ujian kesihatan mental.

”Mcleod hanyalah seorang peminat setia Miley dan dia ternyata sedang berkhayal. Tetapi tindakannya itu tidak melanggar undang-undang,” jelas peguam James Byrne yang mewakili Mcleod.

James juga berkata bukti yang dikemukakan dimahkamah tidak membuktikan yang Mcleod berniat untuk mencederakan Miley serta keluarganya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Mak Nyah maut dibelasah sekumpulan lelaki

Mas Ermieyati sertai Bersatu

Pilu tiga ibu rayu anak pulang