suria

Simon Cowell gesa Chef Ramsay jalani pembedahan kosmetik

Ramsay tampil dalam rancangan-rancangan masak seperti Hell's Kitchen dan Kitchen Nightmares.
Ramsay tampil dalam rancangan-rancangan masak seperti Hell's Kitchen dan Kitchen Nightmares.
Ramsay tampil dalam rancangan-rancangan masak seperti Hell's Kitchen dan Kitchen Nightmares.

MOGUL muzik Simon Cowell memujuk selebriti chef Gordon Ramsay untuk menjalani pembedahan kosmetik.

Tegas Cowell, kedutan muka pada wajah pakar masak itu akan membantutkan kerjayanya di Amerika.

Ramsay memiliki restoran-restoran di New York dan Los Angeles dan beliau tampil di kaca televisyen termasuk dalam rancangan-rancangan televisyen seperti Hell's Kitchen dan Kitchen Nightmares.

Bagaimanapun, Ramsay mengaku dia telah menjalani pembedahan selepas menuruti nasihat Cowell.

Ramsay memberitahu media, "Ibu saya berkata terdapat garisan-garisan halus pada wajah saya. Saya boleh menerimanya ketika saya berumur 21, tetapi bukan 42.

"Simon Cowell menasihatkan saya perlu membuat sesuatu kerana saya merupakan personaliti di Amerika," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain