suria

Peminat MJ ambil cuti untuk beli tiket konsert 'This Is It'

Orang ramai beratur panjang di GSC Midvalley Megamall semata-mata untuk membeli tiket 'This Is It' Michael Jackson petang tadi. -Foto MSTAR oleh AU YEONG HOW
Orang ramai beratur panjang di GSC Midvalley Megamall semata-mata untuk membeli tiket 'This Is It' Michael Jackson petang tadi. -Foto MSTAR oleh AU YEONG HOW
Orang ramai beratur panjang di GSC Midvalley Megamall semata-mata untuk membeli tiket 'This Is It' Michael Jackson petang tadi. -Foto MSTAR oleh AU YEONG HOW

PETALING JAYA:TEMPAHAN awal untuk tiket konsert 'Michael Jackson (MJ)'s This Is It: Discover The Man You Never Know' mendapat sambutan menggalakkan dari peminat-peminat Raja Pop dunia itu.

Konsert Michael Jackson mula ditayangkan hari ini di pawagam-pawagam tertentu seperti Signature GSC, Cathay Cineplexes dan TGV KLGCC & TGV Sunway, di seluruh negara.

Filem ini akan ditayangkan selama dua minggu saja.

Tiket-tiket untuk konsert terakhir Michael Jackson ini mula ditempah mulai 15 Oktober.

Tinjauan mStar Online di pawagam Golden Screen Cinema (GSC), MidValley Megamall hari ini mendapati orang ramai sanggup beratur panjang semata-mata untuk membeli tiket tersebut. Ada juga yang sanggup mengambil cuti untuk membeli tiket.

Dan waktu tinjauan dibuat ialah sekitar pukul 3 petang, hari bekerja. Secara rambang, daripada 10 orang yang beratur, tujuh orang daripada mereka, ingin membeli tiket untuk konsert 'This Is It' Michael Jackson.

Sumber GSC MidValley memberitahu 40 peratus daripada tiket-tiket tempahan awal di pusat itu, telah laris dijual mulai 29 September hingga 11 Oktober lalu.

Sementara itu, pekerja swasta, Suriati Salleh, 23 yang hadir bersama kawan-kawannya berkata, dia tidak ingin melepaskan peluang untuk menonton MJ beraksi buat kali terakhir.

Katanya, MJ ialah idola yang sukar dicari ganti.

"Saya ingin menyaksikan raptai terakhir MJ, sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir," katanya yang mengambil cuti hari ini untuk membeli tiket.

Bagi pelajar kolej, Calvin Gan, 20, dia membeli tiket awal-awal lagi bagi memastikan dia tidak terlepas peluang sekiranya tiket habis dijual.

Menurut Gan, dia merupakan peminat MJ sejak di bangku sekolah rendah lagi.

Malah, dia tidak keberatan berbelanja lebih RM1 bagi setiap tiket bagi memastikan dia dapat menonton filem itu dalam versi 2D (dua dimensi).

"Saya membeli enam tiket untuk seisi keluarga saya. Saya masih teringat bagaimana kami sekeluarga berjaga malam semasa upacara memperingati arwah Raja Pop itu di Staples Center baru-baru ini," katanya.

Sementara itu, pesara Gobinath a/l Krishnan, 58 pula memberitahu, dia ingin menonton 'konsert terakhir' Raja Pop itu bersama isterinya.

Gobinath, yang tinggal di Bangsar berkata, dia tidak keberatan untuk beratur panjang kerana ianya berbaloi.

"Peluang menonton konsert terakhir MJ tidak sewajarnya dilepaskan begitu sahaja," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain