suria

Peminat Jacko boikot 'This Is It' kerana tak puas hati

RIBUAN penggemar Michael Jackson berniat melancarkan protes. Mereka bakal memboikot filem 'This Is It'.

Menurut rencana, filem itu akan diedarkan semalam. Filem itu akan berkisar tentang persiapan Raja Pop itu menjelang penampilannya di O2 Arena, London. Namun, konsert itu terpaksa dibatalkan kerana Jacko meninggal dunia.

Rencana boikot ini difahamkan kerana peminat Jacko tidak puas hati kerana filem tersebut terpotong-potong. Mereka juga tidak puas hati dengan penjelasan bagaimana Jacko menemui maut. Semuanya tidak dijelaskan dengan sempurna.

Sehingga hari ini, hampir 20.000 orang sudah menandatangani petisi tersebut. Menurut sumber terdekat pula, filem itu telah diedit dengan cepat untuk Columbia Pictures, anak perusahaan Sony Corp, mengaut keuntungan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain