suria

Peminat Salman Khan tak kisah beratur 3 jam untuk bertemu dengannya

PEMINAT-peminat Salman Khan tidak kisah untuk menunggu lama di luar teater Delite, New Delhi, India selama tiga jam semalam hanya untuk bertemu dengannya.

Mereka yang terdiri daripada pelajar kolej dan warga emas beratur selama tiga jam di luar teater itu semalam hanya untuk melihat pelakon terkenal Bollywood itu. Salman Khan tiba lambat di lokasi untuk merasmikan majlis tempahan awal tiket untuk filem terbarunya ‘London Dreams.’

“Saya datang ke Delite teater hanya untuk bersemuka dengan Salman . Saya juga berhasrat untuk mendapatkan tandatangannya di atas tiket yang saya beli,” ujar salah seorang daripada peminat Salman, Naseema Begum yang berumur 60 tahun.

Menurut seorang lagi peminatnya, dia ingin membeli tiket tersebut dari tangan pelakon terkenal itu sendiri.

“Saya menunggu di sini sejak pukul 11 pagi tadi untuk bertemu dengan pelakon terkenal itu dan saya tidak akan berganjak dari sini sehingga hasrat saya tercapai,” kata Abhishek Yadav.

Jysysna Grover seorang pelajar kolej pula ingin memeluk pelakon Bollywood tersebut.

“Saya ingin mendapatkan tandatangan serta bergambar dengan Salman,” tambahnya lagi.

Salman Khan yang berusia 43 tahun itu tiba di teater itu dengan memakai sehelai kemaja-T dan sepasang seluar jeans lusuh bersama pengarah filem tersebut ,Vipul Shah.

Ketibaan Salman menyebabkan kesesakkan lalu lintas sepanjang perjalanan ke teater tersebut. ”Saya meminta maaf kerana kelewatan saya. Saya tidak dapat bangun awal pagi tadi,” katanya dalam satu temu bual semalam.

“Saya telah menjual tiket untuk filem saya ini dan akan mengiringi peminat ke dalam teater untuk filem saya yang berikutnya,” tambahnya lagi.

Kehadiran Salman meningkatkan hasil jualan tiket yang akan ditayangkan mulai hari Jumaat ini.

Filem berjudul 'London Dreams' ini turuti dibintangi oleh Ajay Devgan dan Asin Thomttumkal.

Cerita itu mengisahkan persahabatan erat yang mengulungi percintaan tiga segi atau mizik,” ujar Salman lagi.

Artikel Berikut

Artikel Lain