suria

Peminat MJ ingin boikot filem This Is It

PEMINAT-PEMINAT Raja Pop, Michael Jackson (MJ) ingin memboikot filem dokumentari, This Is It kerana merasakan filem tersebut dibuat hanya untuk mengaut keuntungan semata-mata.

Menurut laporan sebuah laman web, peminat-peminat MJ mendapati filem tersebut tidak menyebut tentang tahap kesihatan MJ yang tidak begitu baik di hari-hari terakhirnya serta tekanan yang dilalui penyanyi itu ketika sibuk membuat persiapan sempena konsertnya sebelum dia meninggal dunia pada Jun lalu.

Puluhan ribu peminat telah menyertai protes menerusi online yang dipanggil This Is Not It.

Lebih 20,000 pengunjung telah mendaftar di laman web tersebut dalam masa 24 jam.

"Filem tersebut telah diedit dengan 'licik' untuk mengaut keuntungan," kata jurucakapnya, Giovanni Panunzio.

Artikel Lain