suria

Lady Gaga bantu bapa pulih selepas pembedahan jantung

Lady Gaga kini sedang membantu bapanya untuk pulih setelah menjalani pembedahan jantung terbuka - foto AP

LADY Gaga kini sedang membantu bapanya untuk pulih setelah menjalani pembedahan jantung terbuka.

Penyanyi Poker Face itu memberitahu peminat-peminatnya di laman web Twitter bahawa pembedahan itu telah berjaya.

"Bapa saya menjalani pembedahan jantung terbuka Khamis lalu. Selepas berjam-jam lamanya serta begitu banyak tangisan, mereka berjaya melakukannya," luahnya di Twitter.

Dia kemudiannya mengemaskini status di Twitter berbunyi, "di hospital. Sedang mengurut kaki bapa ketika dia sedang tidur. Dia adalah hero saya."

Artikel Lain