suria

'Hantu' MJ lawat keluarga, kata La Toya

KAKAK kepada Michael Jackson (MJ), La Toya percaya, 'hantu' adiknya itu muncul melawat keluarganya dengan memakai pakaian putih mutiara bermanik, sama seperti yang dipakaikan kepada Raja Pop itu sebelum diletakkan di dalam keranda pada upacara pengebumiannya dulu.

Di dalam satu temubual dengan sebuah majalah, La Toya berkata, MJ telah muncul di sebalik langsir ketika waktu gelap.

"Matanya terbuka dan dia nampak tenang. Saya buka lampu dan bertanya, 'Michael, adakah kamu ingin pergi ke sebelah sana?'," katanya.

Menurut La Toya lagi, dia juga mendakwa 'hantu' adiknya itu akan memetik lampu di rumah tersebut untuk memberitahu bahawa dia berada di situ.

Dia juga berkata, pengurusnya Jeffre Phillips dan adiknya, Janet Jackson juga pernah berdepan situasi yang sama, tetpai ibunya, Katherine enggan menerima dakwaan yang mengatakan 'hantu' MJ itu wujud.

Artikel Lain