suria

Keluarga Jackson tidak mahu tonton This Is It

Michael Jackson mempersembahkan aksi "Dangerous" semasa satu rakaman di California pada tahun 2002. -Foto AP
Michael Jackson mempersembahkan aksi
Michael Jackson mempersembahkan aksi "Dangerous" semasa satu rakaman di California pada tahun 2002. -Foto AP

AHLI keluarga Michael Jackson (MJ) enggan menonton filem dokumentari MJ, This Is It kerana bagi mereka, ia terlalu 'menyakitkan'.

Raja Pop itu meninggal duni pada Jun lalu, beberapa minggu sebelum berlangsung konsertnya di London.

Filem dokumentari yang memaparkan 'footage' MJ ketika sesi latihan untuk konsert itu akan mula ditayangkan akhir bulan ini. Namun, ibunya Katherine dan kakak penyanyi itu, La Toya tidak akan menonton filem itu.

"Saya tidak rasa saya mampu menonton filem itu. Mungkin pada satu hari nanti, baru saya boleh melihatnya," kata Katherine di dalam sebuah program.

Tambah La Toya pula, "Saya tidak terfikir untuk menontonnya. Ia terlalu cepat bagi saya."

Artikel Berikut

Artikel Lain