suria

Jessica Simpson bercinta dengan Gerard Butler?

Jessica Simpson menjayakan rancangan ABC's "Good Morning America" show di Times Square pada 9 September, 2008. -Foto AP
Jessica Simpson menjayakan rancangan ABC's
Jessica Simpson menjayakan rancangan ABC's "Good Morning America" show di Times Square pada 9 September, 2008. -Foto AP

JESSICA Simpson dikatakan kini mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon Gerard Butler, selepas mereka dilihat bersama di New York.

Mereka dikatakan berada di Soho House, New York pada Selasa lalu bersama dengan jurudandan Simpson, Ken Paves. Namun, Simpson dan Butler dilihat cukup berminat antara satu sama lain.

"Mereka berada di sana bersama kawan lain, tetapi Jessica dan Gerard yang duduk bersebelahan nampaknya lebih berminat berbual antara satu sama lain.

"Mereka bergelak ketawa dan 'menggoda' sebelum keluar dari tempat tersebut bersama dengan Ken," kata sumber.

Butler sebelum ini pernah dikaitkan dengan Jennifer Aniston dan Cameron Diaz manakala Simpson ketika ini masih solo setelah berpisah dengan kekasihnya, Tony Romo.

Artikel Berikut

Artikel Lain