suria

Hulk Hogan hampir bunuh diri setelah perkahwinan berkecai

Hulk Hogan bersama bekas isteri, Linda.
Hulk Hogan bersama bekas isteri, Linda.
Hulk Hogan bersama bekas isteri, Linda.

AHLI gusti Hulk Hogan telah menyiarkan dalam buku terbarunya 'My Life Outside the Ring' yang dia hampir membunuh diri selepas gagal dalam perkahwinannya.

Dia mengaku yang dirinya telah meminum Xanax dan mengambil sepucuk pistol untuk membunuh diri selepas isterinya, Linda mendaftarkan penceraian dan anak lelaki, Nick didakwa memandu 'semberono'.

"Masa itu saya fikir sebotol pil tidur boleh menyebabkan masalah saya hilang..," katanya daripada buku yang diterbitkan oleh Men's Fitness.

Dia menambah: "Kemudian saya lihat pistol berada di tangan saya. Saya cuai.....saya memastikan untuk menekan tempat yang betul...dan jika saya alihkan jari seinci pada tempat itu.... pasti saya telah menembak kepala saya."

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain