suria

Jiran fail tindakan undang-undang terhadap Madonna

Madonna minum martini semasa mengikuti rancangan televisyen "The Late Show with David Letterman" di New York pada 30 September 2009. -Foto AP
Madonna minum martini semasa mengikuti rancangan televisyen
Madonna minum martini semasa mengikuti rancangan televisyen "The Late Show with David Letterman" di New York pada 30 September 2009. -Foto AP

JIRAN penyanyi popular, Madonna telah memfailkan tindakan undang-undang terhadapnya kerana mendakwa penyanyi diva pop itu menjadikan apartmennya di New York sebagai studio latihan.

Menurut laporan di dalam sebuah laman web, Madonna telah mencetuskan kemarahan Karen George yang tinggal di tingkat atas apartmen penyanyi itu kerana mendakwa ada "hentaman kaki dan muzik yang kuat".

"Madonna dan seorang atau dua tetamu telah berlatih menari berulang-kali dengan muzik yang kuat dan menyebabkan bunyi bising," menurut laporan undang-undang itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain