suria

Nicolas Cage saman ganti rugi terhadap bekas pengurus perniagaan

AKTOR popular Hollywood Nicolas Cage mendakwa bekas pengurus perniagaannya sebanyak $20 juta, atas nasihat dan pengurusan yang teruk sehingga menyebabkan dia kerugian wang ringgit.

Pelakon yang memenangi Anugerah Academy berusia 45 tahun itu telah memfailkan saman ganti rugi terhadap Samuel J. Levin dan firmanya pada Jumaat lalu.

"Dalam melindungi dan memelihara kekayaan Cage sepanjang tempoh ekonomi terbesar dalam sejarah negara, Levin meletakkan Cage dalam banyak spekulatif dan pelaburan hartanah berisiko mengakibatkan Cage kerugian teruk," kata satu sumber mahkamah.

Menurutnya, Cage percaya kenyataan dan nasihat Levin sehingga tidak sedar masalah kewangannya sehingga selepas dia mengambil pengurusan baru. Levin adalah pengurus perniagaannya dari 2001 hingga 2008.

Tuntutan mahkamah itu datang setelah kewangannya menimbulkan masalah kepada Cage, di mana baru-baru ini dia telah dituduh berhutang $6.3 juta ke atas cukai lalu.

Artikel Berikut

Artikel Lain