suria

Miley Cyrus berlakon filem ‘Sex and the City 2’!

AKTRES Miley Cyrus disahkan berlakon dalam filem ‘Sex and the City 2’!

Bintang filem ‘Hannah Montana’ berusia 17 tahun itu ditemui di bandaraya New York pada Jumaat lalu.

Dia memakai pakaian yang sama seperti Samantha Jones lakonan Kim Cattrall iaitu ‘dress’ berwarna metalic dan but paras lutut ranggi di majlis tayangan perdana filem ‘Heart of the Dessert’ yang turut dihadiri oleh kekasih ‘on’ dan ‘off’ Samantha, Smith Jerrod yang melakonkan watak Jason Lewis.

Pelakon lain iaitu Sarah Jessica Parker (Carrie Bradshaw), Chris Noth (Mr. Big) dan Mario Cantone (Anthony Marantino) turut mengambil tempat di Ziegfeld Theater untuk menonton filem terbitan Smith itu.

Bukan Cyrus seorang sahaja terpilih sebagai pelakon yang membawakan watak cameo dalam sekuel yang dijangka keluar pada Mei 2010.

Malah, Penelope Cruz juga dilaporkan akan berlakon sebagai pegawai bank dalam filem bergenre komedi-drama itu. Alumni program ‘Project Runway’, Tim Gunn dan Liza Minnelli juga akan membuat penampilan khas mereka dalam filem itu.

Artikel Berikut

Artikel Lain