suria

Gara-gara tiada hotel mewah, Shilpa tunda perkahwinan

Pasangan yang sedang hangat bercinta Shilpa-Raj, tetapi tidak dapat berkahwin kerana tidak ada tempat mewah yang sesuai di Mumbai

PERKAHWINAN aktres seksi Shilpa Shetty dengan jutawan Raj Kundra terpaksa ditunda gara-gara tidak ada tempat mewah yang sesuai di Mumbai.

Pasangan itu berura-ura untuk berkahwin bulan ini di salah sebuah hotel mewah di Mumbai namun disebabkan tidak ada kekosongan di hotel pilihan mereka.

Maka mereka mengambil keputusan untuk menangguhkan saja perkahwinan.

Sebelum ini Shilpa telah menangguhkan pengambaran filem 'The Man', di samping aktor kacak Sunny Deol, kerana hendak berkahwin.

Tidak seperti dijangkakan, pasangan ini memilih Mumbai dan bukan London. Mereka juga menaruh harapan untuk berkahwin di kediaman mewah mereka di Juhu sebelum ini tetapi disebabkan masih lagi sedang diubah suai, jadi perancangan itu terpaksa dibatalkan.

Shilpa, mendakwa yang dia dan kekasihnya, Raj, sudah bersedia untuk berkahwin tapi masalahnya masa saja tidak mengizinkan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain