suria

Persembahan terakhir Boyzone untuk Gately

BOYZONE akan memberikan penghormatan terakhir kepada anggota kumpulan itu, Stephen Gately, dengan membuat persembahan di upacara pengebumiannya di Dublin, pada Sabtu.

Persembahan kumpulan itu adalah antara tribut yang akan dilakukan di upacara tersebut.

Menurut sumber, Ronan Keating, Shane Lynch, Mikey Graham dan Keith Duffy bersetuju untuk berbuat demikian kerana "inilah yang Stephen mahukan".

Walaupun mereka masih belum membuat pemilihan lagu, empat ahli kumpulan itu dikatakan akan berbincang dengan keluarga Gately dan 'temannya', Andy Cowles.

Antara yang akan turut menghadiri upacara itu ialah Elton John, Andrew Lloyd Webber dan empat anggota kumpulan Westlife.

Gately, 33, meninggal dunia Sabtu lalu di Majorca, Sepanyol ketika sedang dalam percutian.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain