suria

Melly Goeslaw bermusuh dengan Krisdayanti?

KONSERT Glow Melly Goeslaw yang diuruskan oleh KD Production dikatakan sedang bermasalah. Produksi milik Krisdayanti (KD) dan bekas suaminya, Anang, dikatakan tidak membayar sejumlah wang yang merupakan hak Melly.

"Masalah ini hanya salah faham saja. Kita tiada masalah. Tetapi saya tidak tahu kalau ada yang lain. Tapi yang pastinya, kita dibayar KD Production," ujar Anto Hoed, suami kepada Melly yang dilaporkan menerusi laman web detik hot.

Menurut khabar angin itu, KD Production dikatakan tidak membaway Rp 250 juta yang menjadi hak Melly. Namun, Anto mengaku tidak tahu-menahu tentang khabar angin tersebut.

Dia dan isterinya tidak mempunyai masalah dengan syarikat milik KD dan Anang itu setakat ini.

Mengulas mengenai KD yang dilihat seperti 'menghindarkan' diri daripada Melly, kata Anto, ia berlaku bukan disebabkan masalah kerja. Anto merasakan, perkara itu disebabkan oleh masalah rumahtangga yang dialami KD.

"Kita tidak menutup diri, mungkin dia saja yang menutup diri. Kita faham masing-masing mempunyai masalah dan kita tidak boleh campur," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain