suria

Kesibukan selamatkan Madonna daripada bunuh diri

BINTANG pop, Madonna berkata, jadualnya yang padat telah menyelamatkannya daripada membunuh diri sebaik bercerai dengan pengarah, Guy Ritchie, tahun lalu.

Menurut penyanyi berusia 51 tahun itu, kerjanya yang tanpa henti termasuklah konsert siri jelajahnya telah menghalangnya untuk melakukan sesuatu di luar jangkaan.

"Ia merupakan tahun yang mencabar buat saya. Saya mungkin telah terjun bangunan ketika itu, tetapi saya rasa kerja yang banyak telah menyelamatkan saya. Saya bersyukur mempunyai kerja untuk dibuat," kata Madonna.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain