suria

Katrina menggayakan gaun hasil tangan lukisan Salman

KATRINA menjadi model untuk Salman Khan dalam satu pertunjukan fesyen amal yang telah diadakan pada hari Selasa yang lepas.

Gaun yang dipakainya adalah hasil tangan lukisan Salman yang juga merupakan teman lelakinya.

Katrina amat menyukai lukisan pada gaunnya itu dan dikatakan sangat teruja untuk memakainya.

Lukisan itu disifatkan bagaikan satu lukisan yang dihasilkan oleh seorang pendeta oleh Katrina.

Untuk menjahit gaun itu, pereka Shane dan Falguni Peacock telah mengambil ukuran badan pelakon Bollywood yang jelita itu hanya beberapa jam sebelum majlis itu berlangsung. "Baju itu amat mengagumkan dan saya berasa berlainan sekali apabila memakai baju tersebut," ujar Katrina.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain