suria

Bunga Cinta Lestari stres berlakon sinetron

ISTERI kesayangan pelakon Ashraf Sinclair, Bunga Cinta Lestari (BCL) mengaku begitu stres kebelakangan ini hinggakan tidak ada masa untuk tumpukan kepada dunia muziknya.

Bagi Bunga, kesibukkan pengambaran filem dan kehidupan pribadi membuatnyanya rasa penat dan kini terpaksa berlakon pula dalam sinetron.

Hampir 4 tahun meninggalkan sinetron, bila saja BCL mendapat tawaran dan memulakan pengambaran, dia terus mengeluh.

"Kelmarin baru hari pertama shooting langsung stres dan pingsan," ujar BCL ketika diwawancara oleh pihak media di sana.

BCL kini sibuk menjalani pengambaran sinetron 'Bayu Cinta Luna' sebagai bintang utama.

Ternyata begitu sukar untuk mengatur urusan nyanyian, lakonan dan peribadi sekali gus. Dan bagi menjalani rutin seperti sebelum alam perkahwinan ternyata tidak mungkin.

BCL seperti tersepit membuat pilihan dan akhirnya memilih untuk bergiat aktif sinetron dan kurangkan kegiatan bernyanyinya.

"Memang saya dapat banyak tawaran untuk menyanyi dalam konsert. Tapi kini, agak sukar untuk penuhi tawaran itu. Nampaknya, saya terpaksa rehat sementara dari dunia musik," jelas BCL.

Artikel Sebelum

Artikel Lain