suria

Bukan sembarangan lelaki boleh dekati Chantelle

Chantelle Chuah Shee Peng adalah seorang model dan finalis 'Miss Malaysia Universe 2009'.
 Chantelle Chuah Shee Peng adalah seorang model dan finalis 'Miss Malaysia Universe 2009'.
Chantelle Chuah Shee Peng adalah seorang model dan finalis 'Miss Malaysia Universe 2009'.

PERAGAWATIChantelle Chua Shi Ping, tidak ingin membuang masa berpeleseran dengan sembarangan lelaki.

Pemenang ‘Miss Malaysia Model of the World 2007’ ini berkata dia akan mudah terpikat dengan lelaki yang sukakan kanak-kanak.

"Dia mesti berpendidikan tinggi dan pandai berdikari," jelas model kelahiran Ipoh ini.

Ketika ditanya kenapa memilih profesion model, jelitawan genit ini secara nakal berkata, "kenapa perlu kongsi semua kesitimewaan yang ada pada diri saya dengan satu orang sahaja?"

"Lagipun, saya masih bujang lagi. Kerja adalah keutamaan dan fokus nombor satu saya sekarang,” katanya dalam satu temu bual di Menara Star semalam.

Tambahnya lagi, rupa bukanlah satu aspek penting baginya tetapi senyuman yang menawan adalah satu kemestian yang mesti dimiliki oleh lelaki idamannya.

Pengalaman putus cintanya dengan bekas teman lelaki semasa masih menuntut di United Kingdom telah menyebabkan Chantelle untuk lebih berhati-hati sebelum menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki.

Ratu cantik ini mula berjinak-jinak dalam bidang peragaan sepenuh masa sejak memenangi pertandingan ratu cantik itu dua tahun yang lepas.

Dia juga dikategorikan sebagai salah seorang daripada “Hot Sexy Babies” oleh portal Daily Chilies dan telah mendapat lebih daripada 13 ribu undi.

Chantelle bercadang untuk menceburkan diri dalam perniagaan pakaian dalam wanita dan coklat pada masa terdekat ini.

"Saya sedang mencari pengeluar pakaian dalam yang sesuai dan akan mengunakan nama saya, Chantelle sebagai jenamanya," ujarnya.

Selain itu, jelitawan ini juga rajin menulis dalam ruangan blognya (http://chantelle.chuah/blogspot) mengenai cara-cara mengayakan diri.

"Saya sentiasa mengemaskini blog saya dengan trend terbaru yang digunakan oleh pelakon-pelakon Hollywood untuk mengayakan diri," katanya.

Chantelle mendapat idea untuk menulis dalam blognya dengan berpanduan pengalamannya dalam bidang peragaan serta menjadikan majalah-majalah hiburan tempatan dan antarabangsa sebagai rujukan.

Artikel Sebelum

Artikel Lain