suria

Peminat terseret bawah kereta Robbie Williams

PENYANYI British, Robbie Williams amat terkejut apabila seorang peminatnya terseret di bawah keretanya pada Ahad lalu.

Robbie ketika itu meninggalkan sebuah studio di London setelah menjayakan persembahan di dalam program realiti, The X Factor apabila peminat-peminat fanatiknya berkumpul di luar bangunan untuk melihat penyanyi itu dari dekat.

Tetapi, ketika pemandu Williams cuba memandu keluar dari tempat tersebut, seorang remaja lelaki tersepit dan terseret di bawah roda kereta tersebut.

Penyanyi lagu Angel itu dilaporkan keluar dari kereta tersebut sambil menangis.

Polis bagaimanapun mendedahkan remaja lelaki itu terselamat dengan hanya mengalami kecederaan ringan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain