suria

Britney arahkan ujian dadah, alkohol untuk kru konsertnya

BINTANG pop, Britney Spears yang akan mengadakan konsert siri jelajah di Australia bulan depan telah meminta semua kru yang menyertai rombongan itu menjalani ujian dadah dan alkohol sebelum mereka ke sana.

Penyanyi berusia 27 tahun ini akan mengadakan siri konsertnya di Sydney, Melbourne, Brisbane, Adelaide dan Perth pada bulan November ini. Britney telah mengeluarkan arahan itu kepada kru-krunya jika mereka ingin menyertai konsert itu.

"Britney tidak mahu bertoleransi dalam hal ini. Tiada alkohol, tiada dadah. Jika mereka tidak mahu ikut arahan itu, mereka tidak boleh ikut siri jelajah ini," kata sumber.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain