suria

Brad Pitt miliki terlalu banyak koleksi topi pemberian peminat

Brad senang menerima pemberian dari peminatnya
Brad senang menerima pemberian dari peminatnya
Brad senang menerima pemberian dari peminatnya

BINTANG Hollywood, Brad Pitt akui menerima terlalu banyak topi daripada peminat-peminatnya.

Aktor ini sering menerima hadiah seperti itu daripada peminat-peminatnya sehinggakan buah hatinya, Angelina Jolie tidak tahan melihat koleksi topi-topi itu dan akhirnya Pitt bercadang untuk mendermakan beberapa topi tersebut.

"Dia memang memiliki koleksi topi yang cukup banyak. Ia sering menjadi bahan lawak antaranya dan Angelina kerana hampir setiap hari dia akan menerima topi sebagai hadiah.

"Ramai yang mungkin tahu minatnya terhadap topi dan sebab itulah dia sering dihadiahkan dengan topi daripada ramai orang termasuklah mereka di dalam industri perfileman," kata sumber.

Pitt akhirnya bersetuju dengan permintaan Jolie untuk mengatur semula koleksi topinya dan memberikan mana-mana topi yang dia tidak pakai kepada orang lain.

"Dia mempunyai lebih daripada apa yang mampu dipakainya. Jadi, dia berhasrat untuk mendermakannya," tambah sumber itu lagi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain