suria

Amy Winehouse berkasih dengan lelaki misteri

PENYANYI bermasalah, Amy Winehouse kini dikatakan sedang menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki 'misteri'.

Penyanyi berusia 26 tahun itu dilaporkan mempunyai hubungan istimewa dengan seorang lelaki yang tidak dikenali, tetapi ingin menyimpan kemas kisah hubungan mereka itu sehingga dia pasti mereka mempunyai masa depan bersama.

"Amy bertemu lelaki itu dalam masa sebulan. Dia amat baik terhadap Amy. Dia beritahu Amy adalah seorang wanita yang cantik dan mahu penyanyi itu menghargai hidupnya.

"Lelaki itu secara perlahan-lahan telah 'mengembalikan' diri Amy semula," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain