suria

Robert Pattinson sukar cari kekasih

Bintang filem "Twilight" Robert Pattinson tiba untuk rakaman 'The Teen Choice 2009 Awards' di Los Angeles, California pada 9 Ogos 2009. -Foto REUTERS
Bintang filem
Bintang filem "Twilight" Robert Pattinson tiba untuk rakaman 'The Teen Choice 2009 Awards' di Los Angeles, California pada 9 Ogos 2009. -Foto REUTERS

PELAKON filem Twilight, Robert Pattinson berkata, statusnya sebagai selebriti tidak banyak membantunya mencari kekasih.

Mengulas mengenai dirinya yang menjadi kegilaan ramai anak gadis serata dunia, kata Pattinson: "Saya tidak pernah mengambilnya secara serius.

"Ini hanya kerja dan saya mencintai kerja saya, mereka menjerit nama Edward (wataknya di dalam Twilight), bukannya Robert. Saya masih belum jumpa seseorang untuk keluar 'dating'."

Pattinson juga berkata, dia tidak tahu bagaimana untuk menangani senario peminat-peminat yang sering mengekorinya.

"Sejujurnya, saya tidak faham apa yang berlaku. Sebagai contoh semalam, saya sedang makan tengah hari di sebuah tempat. Saya berada di sana selama beberapa jam dan tiba-tiba saya nampak lebih kurang 400 orang menunggu di tepi jalan.

"Memang gila, dan keadaan ini memang sering berlaku," katanya.

Artikel Lain