suria

Katie Holmes ingin hantar anak ke tadika Katolik

Muka depan majalah 'Vanity Fair' keluaran Oktober 2006 memaparkan Tom Cruise dan Katie Holmes dengan bayi mereka Suri Cruise. -Foto AP

KATIE Holmes akan mendaftarkan anak perempuannya, Suri di tadika Katolik di Boston, walaupun suaminya Tom Cruise ingin anaknya itu dibesarkan sebagai 'Scientologist'.

Nampaknya, aktres itu lebih mendengar cakap keluarganya yang merupakan pengikut agama Katolik berbanding apa yang dimahukan oleh suaminya.

"Katie mendengar cakap ibubapanya. Dia sudah beritahu Tom bahawa dia mahukan Suri dididik sebagai seorang Katolik, sebagaimana dia sebelum ini.

"Memang ada perbalahan besar antara mereka tentang perkara itu. Tapi Tom dikatakan akhirnya menerima idea tersebut," kata sumber.

Tom menukar agamanya daripada seorang Katolik kepada 'agama' barunya itu pada tahun 1990.

Artikel Lain