suria

Rihanna bukan kekasih Justin Timberlake

Rihanna menghadiri sambutan 'The Intermix - Fashion's Night Out' di Intermix Soho pada 10 September 2009 di New York City. -Foto AFP

RAKAN Rihanna menyangkal laporan bahawa Justin Timberlake telah berpisah dengan Jessica Biel demi penyanyi yang popular dengan lagu Umbrella itu.

Rihanna dikatakan mencari nombor telefon Biel untuk memberitahu aktres itu bahawa khabar angin itu tidak benar sama sekali.

"Rihanna tidak mahu dilabel pemusnah hubungan. Dia menyayangi Justin, tetapi hanya sebagai kawan.

"Rihanna meminta maaf tentang laporan merepek itu. Rihanna pernah ditipu dalam hubungan terdahulu dan satu perkara yang tidak akan dia lakukan ialah merampas kekasih wanita lain," kata rakan kepada bekas kekasih Chris Brown itu.

Artikel Sebelum

Artikel Lain