suria

La Toya: MJ 'penyabar', 'dikawal' oleh staf

La Toya Jackson, kakak arwah Michael Jackson terlibat dalam rancangan televisyen Itali 'I fatti Vostri' (About You) di Rome, pada 2 Oktober, 2009. -Foto AP

MICHAEL Jackson sering dipengaruhi dan dikawal oleh orang lain memandangkan dia terlalu 'penyabar', kata kakaknya, La Toya.

La Toya gagal menahan sebak ketika memberitahu di sebuah program televisyen, bahawa staf-staf Raja Pop itu sering 'mengawalnya'.

"Michael sangat penyabar dan baik hati sehingga orang ambil kesempatan atasnya. Orang mengawalnya. Mereka buat apa yang mereka inginkan dan amat sukar untuknya berkata tidak," katanya.

Ujar La Toya lagi, staf-staf MJ mempengaruhinya dengan cara 'mengawalnya'. Dengan mengawal pemikiran, tindakannya dan seboleh mungkin tidak membenarkan sesiapa mendekatinya.

Artikel Lain