suria

Beyonce ingin buat filem tentang bapanya

Penyanyi Beyonce Knowles menerima anugerah "Woman of the Year" semasa acara 'The Billboard Women In Music brunch' di The Pierre Hotel pada 2 Oktober 2009 di New York. -Foto AP
Penyanyi Beyonce Knowles menerima anugerah
Penyanyi Beyonce Knowles menerima anugerah "Woman of the Year" semasa acara 'The Billboard Women In Music brunch' di The Pierre Hotel pada 2 Oktober 2009 di New York. -Foto AP

BEYONCE ingin mengabdikan kisah hidup bapa yang juga merangkap pengurusnya, Mathew Knowles di dalam bentuk filem.

Knowles telah berhenti kerja sebagai jurujual pada tahun 1990 untuk membantu perjalanan karier seni Beyonce dan kumpulannya Destiny's Chid.

Knowles kemudiannya menubuhkan label rakaman sendiri, Music World Entertainment dan mempunyai beberapa artis naungan.

Kagum dengan kejayaan bapanya itu, Beyonce berhasrat untuk memfilemkan kisah hidup bapanya.

"Kalau boleh, saya ingin paparkan tentang kehidupannya di zaman kanak-kanak dan persekolahan. Dia mempunyai hidup yang menarik. Tetapi mungkin saya akan lakukan dalam masa beberapa tahun lagi," kata Beyonce di dalam sebuah majalah.

Artikel Lain