suria

Nicole Richie tercedera akibat kemalangan kereta dengan paparazi

Nicole Richie memperagakan fesyen pakaian ibu mengandung di Beverly Hills, California pada 6 Ogos 2009. -Foto AP

NICOLE Richie dikatakan terpaksa mendapatkan rawatan setelah terbabit dengan kemalangan kereta dengan seorang jurugambar.

Selebriti berusia 28 tahun yang memandu Land Rover itu telah dilanggar oleh paparazi yang membawa Cherokee di Beverly Hills, pada Isnin lalu.

"Richie sedang memandu bersama seorang penumpang sekitar pukul 2 petang apabila keretanya dilanggar oleh jurugambar yang memandu di belakangnya. Dia mengadu kesakitan. Keretanya hanya mengalami kerosakan sederhana. Tiada paramedik dipanggil ke tempat kejadian," kata seorang pegawai polis.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Anang tak sabar jadi duda

Artikel Lain