suria

Festival Filem Malaysia berakhir penuh emosi

Para produser dan aktor beramah mesra dengan rakan sejawat dari Australia semasa upacara pembukaan The Australian and Malaysian Film Festival (AMFF), semalam. -Foto BERNAMA

MELBOURNE: Festival Filem Malaysia Australia berakhir di sini malam tadi dengan penuh emosi sebagai mengenang sumbangan pengarah tersohor, Allahyarham Yasmin Ahmad.

Beberapa filem beliau yang ditayangkan semasa festival empat hari itu mengguris perasaan penonton.

Kate Stephens, seorang daripada penganjur festival itu bersama suaminya, Ade Djajamihardja, berkata hampir kesemua tayangan mendapat sambutan luar biasa sehingga ada penonton yang tidak dapat masuk.

Katanya pihak penganjur akan menambah bilangan tayangan atau mencari panggung yang lebih besar tahun depan.

Beliau berkata venue tahun ini, iaitu di Dataran Persekutuan di sini, adalah sesuai kerana ia juga dapat menampung pameran batik dan fesyen selain persembahan tarian dan acara sosial lain yang mempromosikan Malaysia.

Stephens berkata sokongan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional telah memberi semangat kepada penganjur untuk mengadakan festival yang lebih hebat di masa depan.

Filem-filem yang ditayangkan kali ini adalah Talentime, Geng the Movie, Cicakman 2 Planet Hitam, Pensil, Muallaf dan My Telatori.

Rombongan Malaysia ke festival itu termasuk pelakon adik beradik Sharifah Aryana Syed Zainal Rashid dan Sharifah Aleysha Syed Zainal Rashid, dan penyanyi/pelakon Jacyln Victor serta setiausaha Persatuan Pengeluar Filem Malaysia, Abdul Latiff Mohaideen. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Anang tak sabar jadi duda

Artikel Lain