suria

Mischa risau kariernya selepas The Beautiful Life dibatalkan

Aktres Mischa Barton menghadiri parti The CW network untuk "The Beautiful Life", di New York, pada 12 September 2009. -Foto AP
Aktres Mischa Barton menghadiri parti The CW network untuk
Aktres Mischa Barton menghadiri parti The CW network untuk "The Beautiful Life", di New York, pada 12 September 2009. -Foto AP

AKTRES Mischa Barton dikatakan takut karier seninya akan berakhir setelah projek terakhirnya, The Beautiful Life dibatalkan selepas dua episod.

Barton, 23, amat kecewa apabila program itu dibatalkan dan ketika ini dia begitu takut jika gagal mendapat sebarang tawaran lakonan lagi.

"Dia amat bimbang dengan perjalanan kariernya. Dia tidak dapat begitu banyak tawaran setelah program The O.C berakhir dulu. Dia ingin rasa bahawa dia masih bekerja.

"Ketika ini, itulah perkara yang paling digeruninya - takut tiada siapa akan memberi tawaran kepadanya. Ia tidak benar, tetapi dia memang akan berasa demikian selalu," kata sumber.

'Orang kuat' program The Beautiful Life menyedari perkara itu akan mengecewakannya dan lantaran itu, mereka meminta ibu aktres itu, Nuala, untuk memberitahunya tentang pembatalan program tersebut.

"Mischa menangis di hadapan ibunya. Nuala mengingatkannya bahawa dia akan mendapat peluang lain dan ini bukan pengakhiran buatnya. Tetapi Mischa seperti orang gila dan menjerit," kata sumber itu lagi.

Artikel Sebelum

Rina pintas kembar, Rini AF7

Artikel Berikut

Amber sedih diperdaya rakan

Artikel Lain