suria

La Toya masih ingat jeritan ibu ketika kematian MJ

La Toya menceritakan semula saat-saat dia mendapat berita kematian adiknya, Michael Jackson
La Toya menceritakan semula saat-saat dia mendapat berita kematian adiknya, Michael Jackson
La Toya menceritakan semula saat-saat dia mendapat berita kematian adiknya, Michael Jackson

LA TOYA JACKSON gagal menahan sebak ketika muncul di sebuah program televisyen baru-baru ini, menceritakan tentang jeritan ibunya apabila mendapat tahu anak lelakinya, Michael Jackson (MJ) disahkan meninggal dunia.

La Toya ketika itu sedang di dalam perjalanan ke hospital selepas menerima panggilan kecemasan daripada bapanya, Joe sebelum itu, memberitahu tentang Raja Pop itu sakit.

Katanya, dia hampir terlibat dengan kemalangan setelah ibunya menjerit di talian telefon memberitahu bahawa adiknya itu itu telah meninggal dunia beberapa minit sebelum dia tiba di hospital.

Akui La Toya, panggilan oleh ibunya itu tiba hanya beberapa minit selepas dia berbual dengan rakan kongsinya tentang kematian aktres Farah Fawcett yang meninggal dunia pada hari yang sama dengan MJ.

"Saya sedang berbual dengan rakan kongsi saya yang menyampaikan berita tentang kematian Farrah. Dan saya cakap, 'Oh, siapa seterusnya?'. Kemudian, bapa hubungi saya dan berkata 'Saya mahu kamu segera datang ke hospital'. Saya bertanya 'Kenapa?' dan dia berkata 'Adik kamu, Michael. Mereka bawanya ke hospital'.

"Dia hubungi saya lima minit kemudiannya dan berkata 'Kamu kena ke sana. Saya dengar keadaannya serius. Kamu kena pergi ke hospital'.

"Saya memandu ke hospital dan pada masa yang sama saya bercakap dengan pembantu ibu saya dan asyik bertanya bagaimana keadaan Michael. Dia tidak menjawab saya dan kemudian saya dengar suara ibu saya bertanya 'Siapa itu?'.

"Dia terus mengambil telefon dan menjerit pada saya 'Dia sudah tiada'. Saya terkejut dan hampir kemalangan beberapa kali walaupun lebih kurang tiga minit saja untuk sampai ke sana," katanya.

MJ meninggal dunia pada 25 Jun lalu akibat serangan jantung

Artikel Sebelum

Rina pintas kembar, Rini AF7

Artikel Berikut

Amber sedih diperdaya rakan

Artikel Lain