suria

Justin Timberlake kembali solo

Justin dikatakan tidak pernah meletakkan komitmen tinggi di dalam cintanya - foto AP
Justin dikatakan tidak pernah meletakkan komitmen tinggi di dalam cintanya - foto AP
Justin dikatakan tidak pernah meletakkan komitmen tinggi di dalam cintanya - foto AP

PENYANYI popular, Justin Timberlake dikhabarkan sah putus cinta dengan kekasihnya, aktres Jessica Biel dan kini kembali solo.

Keluarga Timberlake percaya, dia tidak pernah meletakkan komitmen yang sepenuhnya di dalam hubungan dengan Biel.

"Setakat mana yang kami tahu, dia sentiasa solo. Kekasih-kekasihnya datang dan pergi, tetapi kami percaya tiada satu pun yang dia benar-benar serius.

"Jessica ingin sangat berkahwin dengannya, tetapi Justin belum bersedia. Dia amat sibuk menulis lagu baru dan dia memang bekerja keras untuk berjaya.

"Justin lebih suka buat kerja sendiri dan tidak bersedia untuk berkahwin," kata nenek penyanyi itu di dalam sebuah majalah.

Artikel Sebelum

Rina pintas kembar, Rini AF7

Artikel Berikut

Amber sedih diperdaya rakan

Artikel Lain