suria

Irma terkilan dikatakan asyik 'berkepit' dengan Nabil

Irma (kiri) dan Faradhiya bersama-sama mempromosikan kek-kek sempena jualan amal dan pertandingan kek coklat. -Foto MSTAR oleh AU YEONG HOW
Irma (kiri) dan Faradhiya bersama-sama mempromosikan kek-kek sempena jualan amal dan pertandingan kek coklat. -Foto MSTAR oleh AU YEONG HOW
Irma (kiri) dan Faradhiya bersama-sama mempromosikan kek-kek sempena jualan amal dan pertandingan kek coklat. -Foto MSTAR oleh AU YEONG HOW

KISAH cinta dua pelakon ini bukan lagi rahsia. Hubungan istimewa yang terjalin antara Irma Hasmie dan Nabil juga sudah diakui sendiri oleh tuan empunya diri masing-masing.

Malah, kemesraan yang terjalin antara mereka juga jelas dapat dilihat apabila kedua-duanya sering dilihat bersama di majlis-majlis mahupun di dalam program hiburan.

Namun begitu, ada juga sesetengah pihak yang rasa kurang senang melihat kekerapan mereka yang sering dilihat tampil bersama dan diibaratkan seperti belangkas.

Akui Irma, dia agak terkilan apabila perkara seperti itu diperkatakan terhadap dirinya dan Nabil.

"Saya sebenarnya berasa pelik dan terkilan mendengar cakap-cakap itu. Misalnya dalam 10 program Raya termasuk rumah terbuka yang dihadiri Nabil, saya hanya tampil sebanyak dua kali bersama-samanya.

"Lain kali, mungkin saya kena berfikir dua kali. Bukan saya yang minta sebenarnya, tetapi penganjur dan pihak produksi yang meletakkan kami bersama melalui jadual yang sama," kata Irma ketika ditemui pada pertandingan kek coklat di Great Estern Mall, baru-baru ini.

Pada Hari Raya, Nabil dan Irma turut muncul bersama di dalam beberapa rancangan raya antaranya seperti Studio Nabil yang menjalani rakaman di Perth dan telefilem Kuih Goyang Seha.

Kata Irma, dia sendiri memang tahu ada pihak yang kurang senang melihat dia sering muncul bersama Nabil di dalam banyak program. Namun, apapun tanggapan yang diberikan, dia tidak mahu mudah melatah.

Bagi pelakon ini, tanggapan seperti itu bagaimanapun tidak mengganggu hubungannya dan juara Raja Lawak musim kedua itu. Malah, katanya, selepas bekerja, mereka berhak keluar bersama-sama kerana itu adalah privasi mereka.

"Saya tidak berasa segan untuk keluar bersama-sama dengan Nabil kerana itu adalah hak privasi saya. Di set lokasi, kami adalah profesional," akui Irma yang kini boleh disaksikan lakonannya menerusi drama bersiri Awan Dania musim kedua yang disiarkan di Astro Ria.

Artikel Sebelum

Rina pintas kembar, Rini AF7

Artikel Berikut

Amber sedih diperdaya rakan

Artikel Lain