suria

Megan pernah dibuli kerana ingin jadi pelakon

Megan akui sering dibuli di sekolah kerana impiannya untuk menjadi pelakon - foto AP
Megan akui sering dibuli di sekolah kerana impiannya untuk menjadi pelakon - foto AP
Megan akui sering dibuli di sekolah kerana impiannya untuk menjadi pelakon - foto AP

BINTANG Hollywood, Megan Fox mengakui dia pernah menjadi sasaran pembuli ketika di zaman persekolahan kerana impiannya untuk menjadi seorang aktres.

Menurut pelakon filem Transformers itu, rakan-rakan perempuan di dalam kelasnya tidak dapat 'menerima' cita-citanya itu.

"Saya berumur 15 tahun ketika itu dan semua orang tahu saya berhasrat untuk menjadi seorang pelakon. Kemudian, ketika acara Halloween, seorang perempuan memakai pakaian kulit berwarna hitam dan semua orang ingat dia adalah 'cat woman'.

"Tetapi dia menjawab 'Tidak. Saya adalah Megan Fox'. Dia mempersendakan saya, tetapi saya tidak balas apa-apa padanya. Saya amat pendiam," kata aktres berusia 23 tahun itu.

Artikel Sebelum

Artikel Lain