suria

Nicolas Cage hadapi masalah kewangan

AKTOR yang pernah memenangi anugerah Oscar, Nicolas Cage menghadapi masalah kewangan ekoran disaman kerana melanggar kontrak.

Menurut sumber, Cage menghadapi saman sebanyak $2 juta dolar Amerika Syarikat (AS) atas dakwaan melanggar kontrak berhubung pembayaran bulanan kepada Bank East West.

Pegawai-pegawai bank mendakwa mereka telah memanjatkan tempoh pinjaman pada Ogos 2007 dan Cage bersetuju membayar $11,590 dolar AS sehingga melangsaikan semua hutang.

Bagaimanapun, bank mendakwa Cage belum membuat bayaran hutang untuk bulan Mei, Jun, Julai dan September.

Bank East West kini menuntut keseluruhan jumlah pinjaman itu bersertakan kos-kos lain.

Artikel Sebelum

Artikel Lain