suria

Konsert Lady Gaga dan Kanye West dibatalkan

Siri jelajah konsert gabungan kedua-dua penyanyi terkenal Lady Gaga dan Kanye West terpaksa dibatalkan. foto-REUTERS

PEMINAT Lady Gaga dan Kanye West terpaksa menerima berita kecewa apabila konsert persembahan kedua-dua penyanyi terkenal itu terpaksa dibatalkan.

Menurut laporan, penganjur konsert, Live Nation, telah membatalkan konsert tanpa memberi apa-apa sebab.

Siri jelajah persembahan mereka sepatutnya bermula pada 10 November ini bermula di Pheonix, Arizona dan berakhir pada bulan Januari tahun hadapan.

Lady Gaga dan Kanye West sebelum ini dijadualkan untuk sama-sama bergabung membuat persembahan.

Spekulasi mengatakan konsert tersebut terpaksa dibatalkan kerana sambutan yang kurang memberangsangkan, orang ramai termasuklah peminat masih lagi marah dengan tindakan Kanye West awal September lepas.

Ketika Anugerah Video Muzik MTV 2009 sedang berlangsung, Kanye secara tiba-tiba merampas mikrofon Taylor Swift dan memprotes kemenangannya dalam kategori Video Wanita Terbaik serta mengatakan Beyonce lah yang lebih layak menang kategori itu.

Artikel Lain