suria

Katie Price mahu bersama dengan bekas suaminya semula

Sumber memberitahu Katie, 31, menelefon Peter dan meninggalkan satu pesanan suara kepadanya dengan menyanyikan lagu Whitney Houstan 'I Will Always Love Your'. foto-AFP

ADAKAH model Katie Price mahu mengikuti jejak selebriti paling kontroversi Hollywood Elizabeth Taylor?

Laporan terbaru mengatakan Katie telah meninggalkan satu pesanan suara dengan nada yang penuh emosi kepada bekas suaminya Peter Andre.

Sumber memberitahu Katie, 31, menelefon Peter dan meninggalkan satu pesanan suara kepadanya dengan menyanyikan lagu Whitney Houstan 'I Will Always Love Your'.

Sebelum ini Katie kerap membuat kenyataan yang memburukan Peter di media dan pernah membuat satu parti untuk meraikan penceraiannya.

"Peter tidak mahu perkara ini diketahui orang ramai, tetapi apabila Katie berkali-kali menafikannya, Peter terpaksa memberitahu perkara sebenar.

"Apabila mereka masih lagi bersama satu ketika dulu, Katie sering menanyikan lagu itu.

"Katie mengatakan penceraian mereka itu adalah satu kesilapan besar dan mahu supaya mereka bersama kembali.

"Peter kemudian terus memadam pesanan suara tersebut dan tekad tidak mahu bersama dengan Katie semula," kata sumber itu.

Artikel Sebelum

Artikel Lain