suria

Megan Fox dikritik aktivis alam sekitar

Megan Fox dikritik oleh aktivis alam sekitar apabila mengakui tidak memadamkan lampu dirumahnya kerana takut berada dalam keadaan gelap. foto-REUTERS

AKTIVIS alam sekitar menggesa aktres Megan Fox, 23, supaya mengurangkan pengunaan karbon apabila mengaku dia tidak pernah memadam lampu dirumahnya ketika hari malam kerana takut dengan persekitaran gelap, minggu lepas.

"Saya sangat takut dengan keadaan gelap sejak dari kecil lagi, kalau saya pulang ke rumah lewat tengah malam dan lampu semuanya sudah terpadam... saya terpaksa cepat-cepat berlari dari bilik ke bilik untuk memasang semua lampu.

"Saya jadi takut bila tak dapat lihat apa-apa di sekeliling," katanya.

Kenyataan Megan itu mendapat reaksi daripada Pertubuhan Badan bukan Kerajaan (NGO) yang berkempen untuk alam sekitar.

NGO tersebut menggesa aktres itu supaya menjadi contoh kepada peminat-peminatnya yang masih muda supaya sedar tentang kepentingan menjaga alam sekitar.

"Semua orang mempunyai perasaan takut terhadap sesuatu, bukan satu masalah sekiranya kita mahu rumah kita kelihatan terang tanpa melibatkan pembaziran elektrik.

"Megan boleh memasang lampu yang sudah diprogramkan yang dilengkapi dengan pengesan cahaya dan pergerakan... ia sudah tentu dapat mengurangkan pengunaan letrik dan juga karbon di rumahnya," kata seorang aktivis alam sekitar.

Artikel Lain