suria

Tiket untuk filem Michael Jackson habis dijual

Filem Michael Jackson bertajuk 'This Is It' akan mula ditayangkan pada 28 Oktober ini. foto-AP
Filem Michael Jackson bertajuk 'This Is It' akan mula ditayangkan pada 28 Oktober ini. foto-AP
Filem Michael Jackson bertajuk 'This Is It' akan mula ditayangkan pada 28 Oktober ini. foto-AP

FILEM Michael Jackson 'This Is It' yang bakal ditayangkan bulan hadapan memecahkan rekod tertinggi kutipan jualan tiket pendahuluan.

Filem itu antaranya akan memaparkan raptai persembahan Michael beberapa minggu sebelum kematiannya dan akan dipertontonkan pada 28 Oktober ini.

Tiket sudah habis dijual dibeberapa kawasan di Utara Amerika.

Filem itu diarahkan oleh Kenny Ortega yang juga seorang pengarah filem 'High School Musical'.

Sementara itu, sebanyak $1 juta tiket telah habis dijual pada hari pertama jualan tiket itu dibuat di Jepun.

Di London jualan tiket filem itu mengatasi rekod jualan tiket pendahuluan filem terkenal seperti 'Harry Potter' dan 'The Lord of the Rings'.

Di Paris, Bangkok dan Munich, para peminat Michael terpaksa beratur panjang untuk membeli tiket tersebut.

Dalam pada itu, 3,000 orang penduduk Los Angeles yang bertuah, akan berpeluang menonton filem tersebut sehari lebih awal iaitu pada 27 Oktober di Pawagam Regal Stadium 14.

Sony Pictures membayar $60 juta dolar untuk mendapat hak menyiarkan rakaman raptai persembahan Michael di London itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain