suria

Rosyam secocok dan serasi dengan Jee

Rosyam Nor kini kerap berulang alik ke hospital bagi menjalani rawatan fisioterapi di atas kecederaan bahu kirinya. - foto THE STAR oleh KAMARUL ARIFFIN
Rosyam Nor kini kerap berulang alik ke hospital bagi menjalani rawatan fisioterapi di atas kecederaan bahu kirinya. - foto THE STAR oleh KAMARUL ARIFFIN
Rosyam Nor kini kerap berulang alik ke hospital bagi menjalani rawatan fisioterapi di atas kecederaan bahu kirinya. - foto THE STAR oleh KAMARUL ARIFFIN

PELAKON dan penerbit popular, Rosyam Nor yang telah menjalani pembedahan bahu kirinya pada 30 Julai lalu merasakan sedikit perubahan yang baik pada bahunya itu setelah sebulan pembedahan tersebut dijalankan.

Kecederaan pada bahu kiri Rosyam berpunca daripada insiden dia terjatuh ketika penggambaran filem 'Libas' dijalankan.

"Sekarang dah masuk sebulan saya jalani pembedahan tersebut dan saya rasa semakin baik tetapi masih lagi dalam 50/50 macam tu.

"Untuk pulih sepenuhnya memakan masa sehingga tiga bulan, jadi saya masih ada dua bulan untuk pastikan bahu saya pulih sepenuhnya.

"Tetapi kalau setakat kerja yang ringan-ringan tu doktor kata tidak ada sebarang masalah untuk saya lakukan," kata Rosyam ketika dihubungi mStar Online.

Menurut Rosyam juga kini dia berulang alik ke Pusat Perubatan Sukan Kuala Lumpur (KLSMC) dalam dua atau tiga kali seminggu bagi menjalani rawatan fisioterapi.

"Buat masa ini saya perlu berulang alik ke hospital dalam dua atau tiga kali seminggu bagi menjalani rawatan fisioterapi.

"Saya kena menjalani rawatan tersebut kerana bahu saya masih belum boleh diangkat dan digerakkan tetapi luka pembedahan tersebut semakin pulih," katanya.

Hari raya tahun ini juga menurut Rosyam dia hanya beraya di sekitar Kuala Lumpur sahaja bersama keluarganya dan hanya menziarah rumah saudara mara sahaja.

"Raya tahun ini saya tidak kemana pun... beraya di Kuala Lumpur sahaja, sebab mak dan mak mertua saya berada di sini.

"Jadi saya dan keluarga hanya beraya dan menziarah rumah saudara mara di sekitar Kuala Lumpur sahaja," ujar Rosyam yang hanya bercuti selama empat hari pada raya tahun ini.

Menurut Rosyam juga selepas ini dia akan mula sibuk menjalani penggambaran beberapa buah drama seperti 'Nigina', 'Gelora Di Hati Sarah' musim kedua dan 'Isabella'.

"Selepas ini saya akan menjalani penggambaran drama 'Nigina' yang turut dibintangi oleh Emelda Rosmila.

"Drama ini diarah oleh Haris Kadir dan mungkin akan mula ditayangkan pada penghujung Disember dalam slot Samarinda di TV3," katanya.

Rosyam juga akan berlakon di dalam drama terbitan syarikatnya iaitu 'Gelora Di Hati Sarah' yang sudah memasuki musim kedua.

Rosyam yang akan terus bergandingan bersama Fauziah Latiff di dalam drama tersebut mengatakan dia (Fauziah Latiff) merupakan pasangan heroin yang secocok dan serasi dengannya.

"Pertama kali saya berlakon dengan dia saya sudah dapat rasakan kami serasi dan dia amat berbakat.

"Saya banyak terima e-mel dan maklum balas dari peminat yang ingin drama ini diteruskan, jadi saya putuskan untuk buat 'Gelora Di Hati Sarah' musim kedua.

"Dia merupakan seorang pelakon yang berbakat, cantik, 'sweet', dan bagi saya dia merupakan pasangan heroin yang paling secocok dengan saya," ujar Rosyam yang mengakui memiliki 'chemistry' untuk berlakon bersama Fauziah Latiff.

Drama 'Gelora Di Hati Sarah' ini akan bermula penggambarannya pada bulan depan dan akan ditayangkan di RTM.

Sebuah lagi drama yang dibintangi Rosyam adalah 'Isabella' yang turut dibintangi oleh Vanidah Imran dan akan disiarkan di Astro.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain