suria

MJ pernah dedahkan insan yang paling istimewa dalam dirinya

"Apabila saya memegang tangan Tatum, saya merasakan seperti diri saya berada di syurga," - Michael Jackson. foto-AFP
"Apabila saya memegang tangan Tatum, saya merasakan seperti diri saya berada di syurga," - Michael Jackson. foto-AFP

DALAM satu lagi temubual eksklusif Michael Jackson mendedahkan bahawa Puteri Diana, Tatum O'Neal, dan Brooke Shields adalah insan yang sangat istimewa dalam dirinya.

Michael memberitahu perkara tersebut kepada seorang Rabai, Shmuley Boteach, yang merakam perbualan itu antara tahun 1999 dan 2001.

Menurut sebuah laman web, dalam temubual tersebut Raja pop itu mengatakan puteri Diana memiliki ciri-ciri seorang wanita idamannya dan Michael sangat menyanginya.

Ketika ditanya mengenai hubunganya dengan aktres Tatum O'Neal, Michael berkata: "Apabila saya memegang tangan Tatum, saya merasakan seperti diri saya berada di syurga. Perasaan itu lebih hebat berbanding dengan mengucupnya."

"Saya masih ingat semasa kami pergi menonton sebuah persembahan muzik, ketika sedang duduk, Tatum memegang tangan saya di bawah meja... hati saya terus cair dibuatnya.

"Saya tidak akan lupakan dirinya dalam hidup saya. Kami selalu keluar bersama dan gambar-gambar Tatum bergantungan di dinding dan juga cermin rumah saya," kata Michael lagi.

Selain itu Michael juga turut menceritakan hubunganya dengan Brooke Shield apabila mula berkenalan semasa anugerah Oskar.

"Kami bertukar nombor telefon dan selepas itu saya menyanyi, dan melompat-lompat di bilik tidur pada malam tersebut kerana terlalu gembira," ujarnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain